Pada hari bulan
24 April 2015, kami sekumpulan orang telah mengadakan lawatan yang pertama ke
Rumah Juara, Petaling Jaya pada pukul 2:00 petang. Pertama kali menziarahi ke
rumah anak yatim boleh dikatakan sangat gembira kerana mempunyai peluang yang
sangat baik untuk berinteraksi dan bermain dengan kanak-kanak di sana. Selain
itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan kami untuk
lebih memahami dan merapatkan hubungan kami semasa menjalankan tugas kami.
Sebaik sahaja
tiba di Rumah Juara, terlihat semua kanak-kanak mengalu-alukan keatangan kami
tanpa berasa pelik dan takut, mereka terus menanya nama kami dan kenapa kami
menziarahi mereka. Kemesraan kanak-kanak di sana menyakinkan lagi kami bahawa
kami harus melakukan yang terbaik untuk mereka.
Seterusnya, kami
memulakan pekerjaan masing-masing, terdapat dua buah rumah yang mengasingkan
kanak-kanak lelaki dan perempuan, terdapat lebih kurang 30 kanak-kanak yang
meninggal di sana. Aktiviti yang dilakukan termasuklah mengemaskan bilik-bilik
kanak-kanak, menyapu lantai, mengemop lantai, membersihkan kipas, tingkap dan
papan notis. Kami diiringi oleh kanak-kanak di sana semasa melakukan kerja
kami. Tidak hairanllah mereka memang telah biasa dan bersistematik dalam semua
kerja ini berbanding dengan kami. Selepas mengemaskan rumah, iaitu lebih kurang
pukul 3 petang, kami mengadaan kelas tuisyen untuk mereka suapaya mereka dapat
menanya apa-apa soalan yang tidak faham dan juga mengajar mereka menguasai
subjek-subjek yang lemah.
Selepas tuisyen
kelas, untuk meraikan lagi suasana di sana dan memberi mereka sesuatu yang
lebih menarik, ahli kumpulnn kami yang mahir dalam memain alat-alat muzik seperti
gitar dan ukulele telah membawa alat muzik mereka ke Rumah Juara dan memain sambil mengajar mereka yang ingin
belajar supaya mereka mempunyai kemahiran dan dapat mempersembahkannya padamasa
yang akan datang. Tambahan pula, kami juga mengadakan kelas computer untuk
mengajar kanak-kanak tentang cara untuk menggunakannya.
Masa berlalu
dengan cepat, pada pukul 5 petang, kami semua duduk bersama dan mengongsikan
fikiran dan perkara yang ingin disampaikan bersama-sama, sepanjang sesi ini
kami bermain dan belajar dengan gembira. Bermula dari tidak kenal antara satu
sama lain sehingga bermain dengan tanpa bantasan. Kanak-kanak di Rumah Juara
telah mununjukkan nilai yang baik iaitu bertanggungjawab terhadap perkara yang
dipikul, berganding bahu dan bertolak ansur antara satu sama lain tidak kira
ras. Nilai-nilai ini sangat diperlukan and harus diterapkan ke dalam hati semua
orang sedangkan nilai-nilai ini telah jauh diingglkan pada zaman sekarang yang
sibuk untuk mengerja kemewahan.
Akhir kata,
meraka seperti pari-pari yang suci dan memerlukan kasih saying daripada semua
lapisan masyarakat. Tidak dapat dinafikan jikalau kami berada di dalam situasi
mereka, adakah kami dapat menghadapi apa yang mereka telah menghadapi. Oleh
itu, saya sangat berbesar hati kerana dapat membantu, memberi sokongan dan
bermain dengan mereka. Nasib baik kami mempunyai masa lagi untuk berziarahi
mereka dan kami akan melakukan yang lebih baik untuk mereka.
Voon Chun Yee
KEE140037







No comments:
Post a Comment